Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAHIBURAN"Sedar sikit kaki pijak atas tanah mana" – Sarimah Ibrahim

“Sedar sikit kaki pijak atas tanah mana” – Sarimah Ibrahim

Pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim menempelak segelintir individu, rakyat Malaysia  yang tidak tahu berbahasa Melayu.

Wanita kelahiran Dublin, Ireland itu menegaskan, sesiapa sahaja yang berpihak di bumi Malaysia seharusnya sedar diri, berasa bangga dan tidak malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu.

“Apa pulak cerita tak nak cakap BM kononnya tak cukup ‘atas’.

“Helo, cuba sedar sikit kaki tu berpijak di ‘atas’ tanah mana! OMG! Kita patut bangga!,” tempelaknya dalam satu ciapan dalam Twitter.

Sarimah, 43, juga tampil mempersoalkan kerelevanan sesetengah rakyat Malaysia yang berasakan pertuturan dalam bahasa Melayu seperti tiada kelas.

“Saya tak tahu tentang orang lain tapi saya berasa sangat bangga apabila bercakap dalam bahasa Melayu (BM). Saya hanya bersekolah lima tahun di sekolah kebangsaan (SK) dan selebihnya di luar negara,” katanya.

Che Puan Sarimah mengakui menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan sehariannya bersama rakan-rakan.

“Tengok saya  cakap dengan penuh BM bersama rakan-rakan saya. Gua memang suka wei, bangga siut,” ciap Sarimah yang pernah mendapat pendidikan awal di Emirates International School, Dubai dan Wesley College Dublin.

Pencapaian akademik tertingginya ialah Advanced Dip. Psychology (HELP University & College of Applied Arts Singapore).

Sarimah kini bergelar ibu kepadaTunku Sofia Najihah, 2, hasil perkahwinannya dengan dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.

Terdahulu, segelintir netizen mencetuskan provokasi di Twitter yang bermula dengan ciapan seorang pengguna laman sosial menceritakan pengalamannya berdepan seorang wanita berketurunan Cina yang tidak faham pertuturannya ketika sedang menaiki lif.

Ciap individu tersebut: “Dalam lif, ada perempuan Cina masuk. Sebagai seorang lelaki budiman, saya tanya: ‘Tingkat mana, cik?’”

Wanita itu membalas: “Sorry I don’t understand what are you saying (Maaf saya tidak faham apa yang anda katakan)”

Lebih mengeruhkan keadaan apabila seorang lagi pengguna Twitter bertindak membalas (sub-tweet) ciapan berkenaan dengan mengatakan, bawah Perlembagaan Persekutuan, tiada keperluan langsung rakyat Malaysia untuk bercakap bahasa Melayu.

“There is no requirement for a Malaysian to speak Malay – at all. (Tiada keperluan untuk rakyat Malaysia bercakap bahasa Melayu langsung)

“Zero. As long as you have a blue IC, you are a citizen of Malaysia. (Kosong. Selagi anda ada kad pengenalan berwarna biru, anda warganegara Malaysia).

Pengguna Twitter itu turut mendakwa, idea untuk rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Melayu bercakap dalam BM ialah sesuatu yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika pemerintahan pertamanya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara
htpps://m.youtube.com

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments