Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATERKINI'Jika difitnah elok buat laporan polis' - KPN

‘Jika difitnah elok buat laporan polis’ – KPN

Polis menasihati Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil membuat laporan polis jika benar difitnah berhubung penularan audio perbualan telefon yang dikatakan mirip suara mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata setakat ini, kedua-dua pemimpin berkenaan belum membuat laporan isu terbabit setakat ini.

“Setakat ini saya tidak dimaklumkan lagi, jadi kita menunggu kalau betul difitnah, tampillah buat laporan polis,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) hari di Melaka.

Tambah beliau, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap laporan yang diterima berhubung isu itu selepas melihat reaksi orang ramai terhadap penularan audio berkenaan.

“Jika ia (audio) sampai ke tahap orang awam berasa bimbang atau gusar, kita akan jalankan siasatan,” katanya.

Ditanya sama ada proses analisis audio itu akan dilakukan, Tan Sri Abdul Hamid berkata, ia bergantung kepada langkah susulan polis selepas menerima laporan daripada pemimpin berkenaan.

“Itu tindakan susulan jika salah seorang atau kedua-dua pemimpin yang dikatakan suaranya dalam audio itu, membuat laporan mengatakan ia fitnah.

“Proses untuk menilai atau mencari bukti akan dijalankan,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments