Friday, November 20, 2026
HomeBERITACovid-19: Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri akan ditutup jika tidak patuh SOP

Covid-19: Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri akan ditutup jika tidak patuh SOP

Walaupun operasi bazar Ramadan pada tahun ini dibenarkan, namun Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertegas akan menutup mana-mana gerai yang beroperasi dalam bazar Ramadan dan Aidilfitri sekiranya gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Bagi waktu operasi pula, adalah antara jam 3 petang hingga 8 malam bagi bazar Ramadan, dan 10 pagi hingga 12 tengah malam bagi bazar Aidilfitri.

Bagi peniaga di bazar Ramadan, mereka hanya boleh menjual makanan dan minuman, manakala bazar Aidilfitri hanya dibenarkan menjual barangan kering.

MKN turut memberi syarat agar penganjur menyediakan pelan lokasi yang menunjukkan susun atur, tanda jarak dan penunjuk arah serta menentukan kedudukan petak gerai yang memastikan kawalan peniaga dan pengunjung serta pematuhan SOP MKN.

Manakala PBT pula perlu menentukan tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri, memantau pematuhan SOP MKN dan kesihatan makanan secara berterusan, serta menutup gerai atau bazar jika gagal patuhi SOP.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments