Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan peningkatan kes baharu sebanyak 1,482 menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 345,500 kes.
Catatan baharu ini membabitkan 1,480 dan dua kes tempatan.
Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,070 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 329,624 kes (95.40%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 14,604 orang (4.23%) manakala 164 pesakit berada di ICU dan 81 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Tujuh kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,272 kes (0.37%).
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply