Selepas tersebarnya foto dan siaran langsung sebuah pertunjukan fesyen di ibu kota yang dikatakan gagal mengikut Standard Operation Procedures (SOP), kini timbul pula video pengakuan berani pereka fesyen mengiyakan tindakan mereka.
Menerusi perkongsian dari Instagram bekas pengacara stesyen televisyen, Iesya Toh, rakaman video perbualan di antara penganjur acara terbabit bersama seorang rakannya.

Melalui rakaman terbabit, kedua-dua mereka berkata, “Pertunjukan hari ini memang tak ikut SOP. Kalau kena saman, cari Awin,” memetik kata-kata sorang lelaki dalam video berkenaan disambut gelak ketawa temannya.
“Ini dipanggil kluster Fesyen Glorious Raya”, balas wanita terbabit.
Sudah pasti ianya mengundang kecaman warganet yang berpendapat mereka tidak peka dengan keselamatan dan kesihatan tetamu selain patut diambil tindakan sewajarnya kerana terang-terangan melanggar dan memperlekehkan kepentingan SOP.

Ada juga berpendapat itu adalah strategi pemasaran agar dapat menarik perhatian orang ramai untuk menonton dan seterusnya mendapatkan koleksi pakaian mereka.

Sebahagian warganet mencadangkan agar pembeli tidak menyokong strategi murahan seperti itu.

Terdahulu, dilaporkan kira-kira seratus orang tetamu menghadiri pertunjukan fesyen Glorious Raya 2021 oleh jenama tempatan Leeyanarahman Collection bertempat di Glam Hall Kuala Lumpur tanpa pemakaian pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.
Bila PKP dikuatkuasakan, sibuk minta dilonggarkan syarat PKP. Bila kerajaan dah buka ruang ekonomi dan aktiviti, sewenang-wenangnya melanggar syarat SOP tanpa rasa bersalah. Hmmm… berani buat berani tanggung ????????♀️
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply