Kesetiaan seorang isteri berada di samping bersama suami terutama tatkala susah merupakan satu pengorbanan mulia si isteri.
Menyelusuri cabaran rumah tangga, hanya suami isteri yang lalui dan rasai.
Menzahirkan rasa syukur memiliki pasangan hidup menjaga ketika sakit, Bad Indigo meluahkan penghargaan terhadap isteri yang setia menguruskannya dengan sempurna.
“Dia masak untuk saya, bersihkan saya, siapkan saya, pastikan saya berbau segar dan selesa. Penawar hati dan selalu manjakan saya.
“Apa lagi yang seorang suami mahukan. Syukur Alhamdulillah.

Demikian ucapan kesyukuran penyanyi Bad Indigo ditujukan kepada isteri tersayang, Ashira yang berkorban masa dan tenaga menguruskan dirinya yang kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Terdahulu, pemilik nama Badrul Izhar Yeop menerusi platform media sosial Instagram peribadinya berkongsi akan menjalani pembedahan membuang jari kaki disebabkan luka akibat penyakit diabetes yang dihadapinya.
Untuk rekod, Bad, 46 dan Ashira, 36 sama-sama terlibat dalam rancangan Gegar Vaganza musim ke tujuh dan bertemu jodoh pada 11 Mac yang lalu.
Begitulah kasih seorang isteri. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah ❤️
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply