SME Bank akan memperkenalkan Program Kemudahan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SRP) 2.0 dengan bantuan pembiayaan bersasar dilanjutkan selama enam bulan lagi mulai April hingga September 2021.
Ia berikutan keadaan semasa yang mencabar.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini susulan pelaksanaan kemudahan SRP sebelum ini yang telah memberi manfaat kepada 3,084 pelanggan bank itu dengan nilai pembiayaan berjumlah RM4.41 bilion pada tahun lalu.

“lni termasuk seramai 61 usahawan dad Melaka dengan nilai pembiayaan sebanyak RM65.42 juta,” katanya dalam satu kenyataannya.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply