Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 1,327 kes baharu, 1,247 sembuh

COVID-19 : 1,327 kes baharu, 1,247 sembuh

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,327 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 333,040 kes.

Catatan kes baharu ini membabitkan 1,316 kes tempatan dan 11 kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,247 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 317,289 kes (95.27%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 14,518 orang (4.36%) manakala 154 pesakit berada di ICU dan 65 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Empat kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,233 kes (0.37%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments