Saturday, November 21, 2026
HomeBERITADato’ Rizalman ambil nenek angkat, sara hidup hingga ke akhir hayat

Dato’ Rizalman ambil nenek angkat, sara hidup hingga ke akhir hayat

“Saya teringat pada arwah mak, pada semua… Allahuakbar…”

Demikian luahan hati pereka fesyen tanah air, Dato’ Rizalman yang mengalirkan air mata tatkala bertemu dengan seorang warga emas berusia lebih 80 tahun hari ini sebelum membuat keputusan untuk mengambilnya sebagai keluarga angkat.

Menerusi perkongsian video dilaman media sosial Instagram peribadinya, dia ditemani beberapa pihak berkenaan telah berkunjung ke kediaman nenek ini yang tinggal bersama anak perempuannya.

Mendengar perbualan mereka, kedua-dua beranak itu dikatakan tidak mempunyai pendapatan tetap dan menerima bantuan jiran tetangga dalam menampung keperluan harian.

“Mulai hari ini, saya akan ambil nenek dan anak nenek sebagai keluarga angkat. Nenek akan tinggal dengan saya.

“Makan saya beri, duit saya beri, ada orang akan jaga nenek.

“Selagi nenek dan anak nenek hidup, saya akan jaga,” demikian perbualan yang mengundang sebak antara Rizalman dengan kedua ‘ahli keluarga baharu’nya itu.

Tenyata, niat Dato Rizalman itu disambut dengan penuh kesyukuran oleh kedua mereka dan pelawat yang ada.

Untuk rekod, Dato Rizalman telah mempunyai dua orang anak angkat yang dipelihara sejak mereka bayi lagi.

Sungguh besar jasa Dato Rizalman dalam membela nasib mereka yang kurang bernasib baik. Semoga niat murninya itu dipermudahkan dan mendapat ganjaran dari Yang Maha Esa ????

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments