Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAJangan burukkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

Jangan burukkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru semua pihak tidak menyebarkan berita palsu bagi mengelakkan salah tanggapan terhadap vaksinasi Covid-19.

Menurut Menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Adham Baba, sokongan semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Semua pihak diseru untuk tidak melaporkan atau menularkan maklumat tidak tepat dan tidak sahih bagi mengelakkan salah tanggapan terhadap vaksinasi Covid-19.

“Saya juga mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah,” katanya melalui ciapan yang dimuat naik dalam twitter rasminya, semalam.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan mengesahkan kematian seorang jururawat Hospital Pulau Pinang adalah disebabkan serangan jantung dan bukan disebabkan suntikan vaksin Covid-19.

Jururawat berusia 45 tahun disahkan meninggal dunia disebabkan penyakit yang dihidapi olehnya dan tiada kaitan dengan suntikan vaksin yang diberikan.

Dia bekerja di Pulau Pinang namun menetap di Sungai Petani dan menerima suntikan pertama vaksin lima hari lalu iaitu pada 12 Mac.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah yang dilaporkan sebuah portal berkata, hasil laporan autopsi forensik mengesahkan jururawat itu meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Wanita itu bertugas di wad unit rawatan intensif neonatal (NICU) Hospital Pulau Pinang sejak hampir 20 tahun.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments