Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 1,213 kes baharu, 1,503 sembuh

COVID-19 : 1,213 kes baharu, 1,503 sembuh

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,213 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 328,466 kes membabitkan 1,207 kes tempatan dan enam kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,503 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 312,461 kes (95.13%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 14,782 orang (4.50%) manakala 155 pesakit berada di ICU dan 54 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiga kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,223 kes (0.37%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments