Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,219 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 327,253 kes membabitkan 1,212 kes tempatan dan tujuh kes import.
Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,346 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 310,958 kes (95.02%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 15,075 orang (4.61%) manakala 154 pesakit berada di ICU dan 64 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dua kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,220 kes (0.37%).
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply