Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATahap keberkesanan vaksin Comirnaty libatkan dua dos suntikan

Tahap keberkesanan vaksin Comirnaty libatkan dua dos suntikan

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan isu berbangkit berhubung keperluan pemberian dua dos vaksin vaksin COVID-19 jenama ComirNaty Concentrate for Dispersion Injection (MAL21016022AZ) keluaran Pfizer-BioNTech.

“Tahap keberkesanan vaksin Comirnaty dilaporkan sebagai 94.6% (N= 36,621) dalam mencegah jangkitan SARS CoV2 bergejala, berdasarkan kajian klinikal fasa ketiga yang melibatkan suntikan dua dos dengan selang masa 21 hari (selang masa dibenarkan adalah sehingga 42 hari).

“Walau bagaimanapun, Strategic Advisory Group of Experts on Immunization (SAGE) daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar dos kedua diberikan selepas 21-28 hari daripada dos pertama.

“Berdasarkan pemerhatian dalam kajian klinikal tersebut, keberkesanan vaksin Comirnaty telah ditunjukkan bermula dari hari ke-12 selepas pemberian dos pertama dan mencapai kira-kira 89% keberkesanan di antara hari ke-14 dan 21, iaitu pada masa dos kedua akan diberikan,” ujar beliau.

Menurut beliau, keberkesanan jangka panjang untuk pemberian satu dos vaksin Comirnaty tidak diketahui kerana penerima vaksin dalam kajian klinikal tersebut menerima dua dos dengan selang masa antara 19 hingga 42 hari.

Tambahnya, adalah penting untuk memahami bahawa peningkatan ketara antibodi dengan tahap keberkesanan jangka panjang adalah hanya selepas menerima dos kedua dan kelewatan mendapatkan dos kedua mungkin akan melambatkan penghasilan antibodi yang optimum.

“Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan terhadap vaksin yang digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan pharmacovigilance bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut sentiasa terjamin,” jelasnya lagi.

“LINDUNGI DIRI, LINDUNGI SEMUA”

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments