Suntikan vaksin COVID-19 ketika Ramadan tidak akan membatalkan ibadah puasa kerana ia bukan membabitkan rongga terbuka.
Demikian menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad ketika menjelaskan dan meminta orang ramai agar tidak bimbang untuk mengambil suntikan ketika berpuasa.
“Saya akui mungkin ada yang risau jika giliran suntikan jatuh ketika Ramadan. Namun saya ingatkan semua suntikan berkenaan tidak membatalkan puasa seseorang.
“Malah, ujian swab yang dilakukan di hidung atau mulut juga tidak membatalkan puasa seseorang. Jika sampai ke halkum barulah puasa itu dikira terbatal,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Menurut laporan media, lebih 14,000 individu di Kelantan sudah menerima suntikan vaksinasi fasa pertama.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kesemua individu berkenaan terdiri daripada pasukan barisan hadapan.
“Sehingga kini, proses suntikan masih membabitkan pasukan barisan hadapan,” ujarnya lagi.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply