Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASyamel hadiahkan jambangan bunga buat Ernie Zakri sebelum persembahan

Syamel hadiahkan jambangan bunga buat Ernie Zakri sebelum persembahan

Masih belum reda kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL) yang berlangsung secara norma baharu di Auditorium MBSA, Shah Alam, baru-baru ini.

Namun, bukan keputusan pemenang yang hanya diperkatakan ramai. Kehangatan hubungan istimewa bakal pengantin yang juga pemenang Vokal Terbaik, Ernie Zakri bersama tunangnya penyanyi Syamel turut menjadi perhatian ramai.

Melalui perkongsian Syamel di laman Instagramnya, pelantun suara lagu Hidup Dalam Mati ini berkongsi rakaman video menghadiahkan sejambak bunga kepada Ernie sebelum mempersembahkan nyanyian di pentas akhir AJL35.

Ernie nyata gembira apabila Syamel yang tiba-tiba muncul berjalan ke arahnya menyerahkan jambangan bunga kepadanya.

Pada perkongsian berkenaan, Syamel juga soat menitipkan pesan buat Ernie menghayati lagu Gundah dengan penuh emosi agar semua pendengar dapat merasai lirik dan alunan melodi lagu berkenaan.

“Nyanyilah dengan penuh emosi. Ceritakan setiap inci isi “Gundah” pada semua. Apabila setiap bait2 lirik yang ditulis dan alunan melodi yang digubah berpaksikan wajah arwah atok dan nenek yang

amat dikasihi, Bangmel percaya ramai akan merasai kesakitan dan kesedihannya termasuklah diri ini. You can do it KakNinie I believe in

you, we’re all believe in you. Doa Bangmel buat kakninie takpernah putus. Insya allah semoga semua dipermudahkan. Let’s support and doakan KakNinie,” kongsi Syamel.

Tidak terhenti disitu, kemudiannya Syamel turut meluahkan rasa bangga apabila Ernie berjaya merangkul Anugerah Vokal Terbaik.

Tahniah Ernie! Semoga terus berjaya menghasilkan karya seni yang berkualiti…????????

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments