Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAIndia hasilkan bilion dos vaksin COVID-19

India hasilkan bilion dos vaksin COVID-19

Lebih satu bilion dos vaksin COVID-19 akan dihasilkan India menjelang hujung tahun hadapan melalui inisiatif bersama dengan Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Australia.

Berita Harian melaporkan, susulan daripada sidang kemuncak empat hala pertama negara, Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden AS, Joe Biden, Jake Sullivan, berkata sidang kemuncak itu yang dipanggil ‘Quad’ menyatakan komitmen besar-besaran terhadap vaksin.

Rumah Putih melalui kenyataannya berkata, syarikat dari India, Biological E Ltd akan menghasilkan sekurang-kurangnya satu bilion dos pada akhir tahun depan dengan memfokuskan terhadap pembangunan dos tunggal suntikan dibangunkan Johnson & Johnson.

Katanya, Jepun akan membiayai dalam aspek kewangan untuk pembuatan vaksin itu selain Perbadanan Pembangunan Kewangan Antarabangsa AS yang menyediakan dana bagi projek di negara membangun. Menurut Rumah Putih, Australia pula akan menyumbang sebanyak AS$77 juta (RM317 juta) sebagai tambahan terhadap komitmen terdahulu iaitu AS$407 juta (RM1.6 bilion) untuk memastikan vaksin sampai ke negara Asia Tenggara.

Jepun juga akan menyediakan AS$41 (RM168 juta) juta untuk pengedaran vaksin yang memerlukan kawalan suhu yang sangat sensitif.

Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi, berkata inisitiaf itu menunjukkan perpaduan dalam berdepan COVID-19.

“Kapasiti pengeluaran vaksin di India akan diperluaskan dengan sokongan dari Jepun, AS dan Australia untuk membantu negara di wilayah Indo-Pasifik,” tulis Modi di Twitter.

“Perbincangan kami hari ini adalah mengenai vaksin, perubahan iklim, dan kemunculan teknologi menjadikan Quad sebagai kuasa positif untuk keamanan dan kebaikan global, kestabilan serta kemakmuran di Indo-Pasifik,” katanya. – AFP

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments