Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 1,470 kes baharu, 1,830 sembuh

COVID-19 : 1,470 kes baharu, 1,830 sembuh

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,470 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 322,409 kes membabitkan 1,458 kes tempatan dan 12 kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,830 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 304,492 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 16,711 orang, manakala 162 pesakit berada di ICU dan 70 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiga kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,206 kes.

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments