Saturday, November 21, 2026
HomeBERITADua maut akibat jangkitan rabies di Sarawak

Dua maut akibat jangkitan rabies di Sarawak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan dua kes rabies baharu di Sarawak dan kedua-dua mangsa dilaporkan telah meninggal dunia.

Dalam satu perkongsian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah memberitahu kedua-dua kes ini merupakan dua kes pertama positif rabies dalam kalangan manusia dalam negara tahun ini.

“Pertambahan dua kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak pada 1 Julai 2017 adalah 33 kes dengan 31 kematian.

“Hanya terdapat dua (2) kes yang masih hidup dan kedua-duanya adalah kanak-kanak dengan sejarah mendapatkan rawatan awal,” kongsi beliau.

Sehubungan itu, pihaknya menasihati orang awam mengambil langkah pencegahan ketika mengendalikam anjing atau haiwan lain.

Beliau menambah, dengan suntikan vaksin anti-rabies kepada anjing-anjing di Sarawak secara berjadual setiap tahun sahaja akan mengurangkan insiden rabies di kalangan manusia.

“Semua rakyat Sarawak dipohon untuk mematuhi semua nasihat serta arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan pihak berkuasa bagi memastikan masalah rabies di negeri ini dapat dikawal, termasuk memastikan anjing peliharaan telah mendapat suntikan anti-rabies setiap tahun daripada klinik veterinar swasta atau kerajaan yang berhampiran,” ujar beliau menerusi perkongsian di laman Facebooknya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments