Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,647 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 3169,364 kes membabitkan 1,642 kes tempatan dan lima kes import.
Jumlah pesakit discaj pula seramai 2,104 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 300,620 kes.
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 17,544 orang, manakala 147 pesakit berada di ICU dan 61 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sembilan kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,200 kes.
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply