Britain mengumumkan lebih dari 20 juta rakyat negara berkenaan telah menerima sekurang-sekurangnya satu dos vaksin koronavirus pada Ahad lalu.
Perdana Menteri, Boris Johnson menyatakan ini merupakan “pencapaian nasional yang besar” sambil memuji kakitangan Perkhidmatan Kesihatan Nasional dan yang lain yang terlibat “bekerja tanpa lelah.”
Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock membuat pengumuman itu menerusi sebuah rakaman video di Twitter, dengan mengatakan: “Saya sangat gembira kerana lebih dari 20 juta orang sekarang telah divaksinasikan.”
Kira-kira 20,089,551 orang telah menerima dos pertama, menurut laporan yang dikeluarkan oleh negara terbabit pada Ahad lalu:
Pada pertengahan Februari, United Kingdom (UK) telah mencapai sasaran iaitu sebanyak 15 juta orang menerima vaksin dos pertama.
Negara berkenaan turut merancang untuk menawarkan suntikan vaksin pertama kepada seluruh penduduk dewasa pada akhir bulan Julai.
Sambil tersenyum, Hancock berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang tampil untuk mendapatkan suntikan dan memanggilnya sebagai jalan keluar dari untuk kita semua.”
“Masih banyak jalan yang harus ditempuhi tetapi kami membuat peningkatan yang besar,” katanya.
Program vaksinasi di UK telah dilancarkan awal pada awal bulan Disember tahun lalu dan menjadi negara pertama di dunia yang memulakan inokulasi besar-besaran dengan vaksin yang dicuba sepenuhnya.
Kegagalan sebelumnya dalam mengawal penyebaran jangkitan menyaksikan kes melambung tinggi di UK dengan jumlah kematian di negara ini direkodkan sebanyak 122,705 dan angka ini adalah yang tertinggi di Eropah.
Negara ini masih dalam kebuntuan dengan angka maut hampir setiap hari namun angka kematian menurun secara mendadak sejak akhir Januari lalu walaupun terdapat varian baharu yang menular.
Sebanyak 6,035 kes harian baharu yang dilaporkan membabitkan 144 kematian, iaitu rekod angka terendah sejak awal musim luruh direkodkan Ahad lalu.
Terdahulu, negara berkenaan telah menurunkan tahap amaran virus negara itu pada satu tahap dari tahap tertinggi dengan mengatakan penurunan kes telah mengurangkan ancaman terhadap Perkhidmatan Kesihatan Nasional yang dikendalikan oleh kerajaan pada Khamis lalu. – AFP
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply