Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASesi sekolah di sembilan daerah di Sarawak ditangguh

Sesi sekolah di sembilan daerah di Sarawak ditangguh

Sesi persekolahan di sembilan daerah di Sarawak membabitkan Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri ditangguh selama dua minggu berkuatkuasa 1 hingga 14 Mac ini.

Keputusan ini diambil Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dengan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan selepas berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berikutan situasi kes positif di negeri berkenaan yang semakin meningkat sekaligus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak dilanjutkan berkuatkuasa 1 hingga 15 Mac ini.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kapasiti sistem kesihatan di kawasan yang terlibat.

“JPBNS juga telah mewujudkan satu jawatankuasa dibawah Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bagi memastikan sesi persekolahan di seluruh negeri Sarawak dapat berjalan dengan lancar dan selamat,” ujar pihak terbabit dalam satu kenyataan media.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments