Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASyanie Hisham kembali bergelar isteri

Syanie Hisham kembali bergelar isteri

Nampaknya sekarang merupakan musim selebriti mendirikan rumah tangga.

Terkini, pelakon Syanie atau nama penuhnya Syaniza Hisham, 47, berkongsi foto hari bahagia bersama suami di Instagram Story miliknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah dah selamat diijabkabulkan. Terima kasih semua atas doa kalian,” ujarnya kesyukuran.

Walaubagaimanapun pelakon Cinta Luar Biasa itu tidak berkongsi butiran lanjut berkenaan majlis pernikahan kali ketiganya itu. Begitu juga kisah hubungan cintanya dengan suami, termasuk majlis pertunangan mereka yang berlangsung tahun lalu.

Untuk rekod, anak kepada penerbit drama Hajah Ruhani ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Attirmidi Abdul pada 1996 sebelum berpisah pada 2002. Perkahwinan keduanya pula bersama Nadi Putera Mohammad Zainol pada 2014 yang bertahan selama dua tahun.

Tahniah buat Syanie dan suami. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah ❤️

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments