Kontrak penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar ditamatkan berkuat kuasa hari ini.
Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim memetik berkata, siasatan dalaman yang dijalankan mendapati kontroversi membabitkan Shuk itu melanggar kontrak perkhidmatan.
Menurut Shuk, dia menganggap ini adalah keputusan terbaik dibuat pihak pengurusan stesen radio itu dan menerimanya dengan hati terbuka.
“Apa pun, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM.
“Jadi saya terima. Cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini,” pohonnya.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply