Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPenerima tidak boleh pilih jenis vaksin

Penerima tidak boleh pilih jenis vaksin

Orang ramai tidak dibenarkan memilih jenis vaksin COVID-19 yang akan diterima, sebaliknya ia ditentukan pihak berkuasa kesihatan.

Ia selari dengan dasar kerajaan, iaitu apa-apa vaksin diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) adalah selamat untuk digunakan.

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata orang ramai tidak diberi peluang memilih jenis vaksin COVID-19 sepanjang program pelalian dilakukan.

“Saya banyak terima persoalan mengenai perkara ini. Anda tidak dibenarkan untuk memilih jenis vaksin.

“Sebaliknya, orang ramai akan dimaklumkan mengenai tarikh, masa dan tempat bagi temu janji suntikan pelalian ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments