Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMahkamah arah kerajaan Belanda batal perintah berkurung COVID-19

Mahkamah arah kerajaan Belanda batal perintah berkurung COVID-19

Mahkamah Belanda hari ini memutuskan kerajaan segera memansuhkan perintah berkurung koronavirus  yang mencetuskan rusuhan paling buruk di negara itu dalam tempoh beberapa dekad .

Dalam keputusan terbabit, hakim mahkamah daerah The Hague berkata kerajaan salah menggunakan kuasa darurat untuk menguatkuasakan perintah berkurung meluas kali pertama sejak penjajahan Nazi semasa Perang Dunia Kedua.

Kes itu difailkan oleh kumpulan Viruswaarheid yang mengetuai protes membantah sekatan koronavirus di Belanda.

“Perintah berkurung mesti dimansuhkan dengan segera,” kata mahkamah dalam keputusannya.

Kerajaan boleh mencabar keputusan itu tetapi sebarang rayuan tidak dapat memansuhkan arahan hakim terbabiy, seorang jurucakap mahkamah berkenaan dipetik sebagai berkata oleh agensi berita ANP

Perintah berkurung pukul 9 malam hingga 4.30 pagi (waktu tempatan) itu bermula pada 23 Januari lalu dan dilanjutkan pada minggu lalu hingga 2 Mac ini.

Rusuhan selama tiga malam tercetus selepas perintah berkurung itu dilaksanakan dengan polis terpaksa menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan termasuk di Amsterdam, Rotterdam serta Eindhoven.

Sementara itu, kerajaan Belanda masih belum memberi maklum balas berhubung perintah mahkamah itu. – AFP

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments