Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATidak puas hati pengakhiran drama Takdir Yang Tertulis, peminat mohon sambung untuk...

Tidak puas hati pengakhiran drama Takdir Yang Tertulis, peminat mohon sambung untuk siri kedua

Drama yang menjadi trending di laman media sosial, Takdir Yang Tertulis menutup tirainya dengan episod terakhir jam 10 malam tadi.

Drama 15 episod lakonan mantap Nazim Othman, Nad Zainal, Datin Elvina dan Alvin Chong arahan saudara Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat mencipta fenomena apabila mencapai rating tertinggi setiap kali tayangan.

Namun, rata-rata penonton menzahirkan rasa tidak puas hati dengan pengakhiran cerita yang menurut mereka tergantung dan kurang jelas.

Ada juga yang sedih kerana pengakhirannya tidak seperti yang diharapkan.

Menerusi ‘live chat’ pengarah drama berkenaan, netizen menyatakan ketidakpuasan hati mereka dan menginginkan agar ada sambungan drama musim yang kedua.

Sesi ‘live’ ini turut disertai penulis skrip Uchee Fukada dan mendapat komen dari pelakon utamanya, Nad Zainal dan Datin Elvina yang terkesan dengan pengakhiran drama rantaian terbitan Radius One berkenaan.


Menurut pengarahnya, hanya dia dan Uchee mengetahui pengakhiran babak, malahan para pelakon sendiri pun tidak tahu ia akan berakhir begitu.

Hmmm….. Apa kata anda ???? Nampak gayanya perlu ada ‘sequel’ bagi mengubati kekecewaan para penonton????

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments