Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 3,499 kes baharu, lima kematian hari ini

COVID-19 : 3,499 kes baharu, lima kematian hari ini

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 3,499 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 261,805 kes.

Catatan kes harian hari ini membabitkan 3,498 adalah kes tempatan manakala satu merupakan kes import.

Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 3,515 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 209, 289 kes (79.9%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 51,558 orang (19.7%) manakala 263 pesakit berada di ICU dan 118 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lima kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 958 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments