Menyambut hari kelahiran insan tersayang dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menuntut kita semua mematuhi SOP tetap meriah walau tanpa kehadiran sanak saudara terdekat mahupun rakan-rakan baik.
Perkongsian Fasha Sandha membuat kejutan hari kelahiran bapanya nyata menyentuh hati para pengikut Instagramnya.

Dengan memuat naik video persiapan majlis sambutan secara kecil-kecilan, paling menarik video berkenaan memperlihatkan bapanya menerima hadiah wang tunai yang diletakkan di dalam kek hari jadi.

Rata-rata pengikut pelakon berbakat besar ini memuji Fasha yang sentiasa mengutamakan ibu bapa dan keluarga.



*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply