Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 5,298 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 214,959 kes.
Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 4,522 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 166,049 kes (77.3%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 48,150 orang manakala 313 pesakit berada di ICU dan 127 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
14 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 760 kes (0.4%).
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply