Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) direkodkan paling tinggi dalam negara apabila kes baharu mencecah sebanyak 5,725 kes baharu.
Catatan kes baharu ini menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 203,933 kes.
Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 3,423 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 157,722 kes.
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 45,478 orang manakala 301 pesakit berada di ICU dan 115 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
16 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 733 kes.
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply