Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABukan hanya handal di dapur, Permaisuri Agong hadiahkan sejadah jahitan sendiri buat...

Bukan hanya handal di dapur, Permaisuri Agong hadiahkan sejadah jahitan sendiri buat pekerja istana

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar memang terkenal dengan kepakaran memasak terutama masakan asli negeri Pahang.

Ini dapat dilihat menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram peribadi Baginda.

Namun, tidak hanya mahir memasak, Raja Permaisuri Pahang kini mempunyai hobi baru iaitu menjahit dan kebelakangan ini kerap mengisi masa dengan aktiviti itu.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram @airtangan_tunkuazizah memperlihatkan hasil seni jahitan seperti sejadah mini, sarung bantal dan juga ‘boho bag’.

Dalam perkongsian baginda, hasil seni jahitan berkenaan bukan sekadar untuk permaisuri sendiri, malahan untuk ahli istana yang lain juga.

 

Untunglah orang istana, bukan sahaja dapat menikmati masakan hasil air tangan Permaisuri, malahan dihadiahkan buah tangan juga. Nasib badan…????

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments