Seorang pembantu perubatan ditemui maut selepas disyaki terjatuh dari tingkat tiga bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada 6.45 petang semalam.
Kejadian terbabit disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz.
Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di kawasan tempat letak motosikal oleh seorang pengawal keselamatan hospital berkenaan.
“Saksi mengesahkan yang mangsa bertugas 24 jam sebelum terbabit dalam kejadian itu,
“Seorang petugas hospital itu pula mengesahkan lelaki terbabit adalah rakannya dan menemukan nota ditinggalkan mangsa dalam beg bersama kad kaunseling masalah kesihatan.
“Lelaki 32 tahun yang berasal dari Chemor itu meninggalkan nota pesanan menyatakan dia tidak mampu lagi mengharungi kehidupan dengan masalah kesihatan yang dialaminya serta tidak mahu membebankan keluarganya.
“Menerusi nota tersebut juga, dia yang masih bujang memohon maaf kepada keluarga dan rakan-rakan,” katanya.
A. Asmadi menambah, hasil siasatan mendapati mangsa ditemukan dengan beberapa kesan kecederaan parah dibahagian kepala dan badan.
Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply