Dato’ Seri Hamzah Zainudin kini sedang menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan tahap kesihatan beliau berada dalam keadaan yang stabil.
Perkhabaran terbabit disahkan oleh wakil Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan media rasmi.

Sehubungan itu, wakil pihak terbabit memohon agar semua pihak mendoakan Dato’ Seri Hamzah Zainudin kembali sembuh dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menzahirkan keprihatinan terhadap tahap kesihatan Ahli Parlimen Larut terbabit.
Dalam pada itu, sebarang perkembangan tahap kesihatan Menteri Dalam Negeri yang sahih dan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh pejabat menteri.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply