Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABekalan darah semakin berkurang, Pusat Darah Negara seru orang awam derma darah

Bekalan darah semakin berkurang, Pusat Darah Negara seru orang awam derma darah

“Tak banyak yang kami minta, cuma mengharapkan saudara saudari hadir derma darah demi membantu pesakit…”

Demikian kata-kata para ‘frontliners’ yang mengundang sebak buat seluruh masyarakat Malaysia.

Menerusi perkongsian status ‘Surat untuk rakyat Malaysia’ di laman media sosial rasmi pihak terbabit, dikhabarkan bekalan darah di Pusat Darah Negara kini berada paras zon yang rendah.

Sehubungan itu, orang awam dialu-alukan menderma darah walaupun dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Untuk info, operasi di Pusat Darah Negara berjalan seperti biasa sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP.

Bagi anda yang bercadang menderma darah, jangan lupa ikuti langkah-langkah di bawah untuk memastikan proses pendermaan yang lancar antaranya menjaga Standard Operating Procedure (SOP), jaga jarak dan jaga diri.

Buat panduan, penderma boleh menggunakan link Pusat Darah Negara yang telah disediakan iaitu http://linktr.ee/derma darah dimana anda boleh memeriksa kesesuaian untuk menderma darah sebelum merancang pendermaan darah anda.

Bagi memudahkan perjalanan ke pusat kutipan darah sepanjang tempoh PKP, sila

1. Bawa buku/kad penderma darah (untuk penderma regular), atau

2. Dapatkan slip temujanji pendermaan darah. (Slip ini akan dihantarkan ke e-mel yang diberikan dan perlu disimpan sebagai bukti temujanji untuk menderma darah), atau

3 Mengisi borang pendaftaran penderma darah secara atas talian. Borang yang siap diisi akan dihantarkan ke e-mel tuan/puan dan seterusnya perlu dicetak.

Buat rujukan, anda boleh menderma darah di Pusat Pendermaan Darah Statik PDN di:

1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
Isnin – Jumaat : 7.30 pagi hingga 8.00 malam.
Sabtu – Ahad & Cuti Umum : 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

2. Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya
Isnin – Ahad : 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

3. PDN Donation Suite, Midvalley Megamall, Level 3 (Mezzanine), (Sebelah Tingkat Atas Daiso)
Isnin – Ahad : 10.00 pagi hingga 8.00 malam, atau

4. Di tabung-tabung darah atau kempen darah yang berdekatan.

Sila tunjukkan buku atau kad derma darah/slip temujanji /borang pendaftaran penderma darah secara online kepada pihak polis/tentera sepanjang tempoh PKP dan PKPB.

“Jangan berhenti menderma kerana ada yang sentiasa menanti setiap beg yang anda dermakan.

“Kami berbesar hati menanti kehadiran anda,” memetik perkongsian Pusat Darah Negara.

Jadi, sama-sama kita membantu antara satu sama lain dengan menderma darah. Mungkin darah yang kita derma dapat menyelamatkan ribuan pesakit di Malaysia.

#jomdermadarah

#darahtakpernahcuti

#datangdermadanteruspulang

#unitpemasaranpdn

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments