Bertemakan Menginspirasi Minda, Mendakap Kehebatan, enam fokus strategik dibentangkan dalam meningkatkan mutu dan prestasi pendidikan tinggi negara di Majlis Amanat Menteri Pengajian Tinggi 2021 yang diadakan secara hibrid hari ini.

Enam fokus strategik yang dibentangkan antaranya ialah,
i. Memperkasakan Agenda Pendigilan Pendidikan* iaitu memanfaatkan teknologi digital menerusi Massive Open Learning, Open Educational Resources, dan Flipped Classroom Online.
ii. Memantapkan Jaringan Kolaborasi Strategik* dengan menjalinkan kerjasama dengan pihak industri melalui pelbagai inisiatif seperti Sesi Dialog Industri, Program 2u2i, Persidangan Meja Bulat dan sebagainya.
iii. Memperkukuh Kebolehpasaran Graduan* dalam menyediakan peluang pekerjaan baharu dan menangani isu pengganguran.
iv. Memacu Kesejahteraan Komuniti* yang menekankan keperluan untuk menggiatkan sumabangan _beyond academics_ kepada komuniti.
v. Mempersada Kecemerlangan Institusi* dengan memberi naratif baharu kepada business model syarikat induk Universiti Awam serta memastikan peranan mereka diperkasakan.
vi. Menyemarakkan Semangat #KPTPrihatin* dengan menerapkan elemen kebajikan kepada graduan IPT dan warga KPT.
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata enam fokus ini kemudiannya akan dilaksanakan dengan menerapkan nilai organisasi yang dikenali sebagai 5S iaitu Speed, Synergy, Solidarity, Strategic dan Standard yang perlu diamalkan oleh setiap warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam menyampaikan perkhidmatan kepada kumpulan sasaran.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi rangkuman pencapaian KPT pada tahun 2020 seperti misi penghantaran pulang pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN, peruntukan RM41.2 juta bagi bantuan pelan data dan peranti kepada pelajar B40, pengurangan yuran tertentu di IPTA dan berjaya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memanfaatkan teknologi, kepakaran dan fasiliti yang dimiliki oleh KPT melalui Hospital Pengajar Universiti (HPU).

“Saya menyeru supaya seluruh warga KPT bersama-sama berganding bahu dan mengaplikasikan segala usaha dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing untuk memartabatkan perkhidmatan khususnya dalam sektor pengajian tinggi tercapai dalam negara dan di peringkat antarabangsa,” ujar beliau.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply