Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : Rekod paling tinggi hari ini dengan lebih 3,000 kes baharu

COVID-19 : Rekod paling tinggi hari ini dengan lebih 3,000 kes baharu

Cipta sejarah! Kes harian positif COVID-19 mencatatkan angka paling tinggi apabila laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 3,027 kes baharu melibatkan 3,021 kes tempatan dan enam kes import.

Dengan peningkatan terbaharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 128,465 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 2,145 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 102,732 kes (80%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 25,221 orang (19.6%) manakala 142 pesakit berada di ICU dan 63 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Direkodkan lapan kematian hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 521 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments