Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 2,027 kes baharu, lapan kematian hari ini

COVID-19 : 2,027 kes baharu, lapan kematian hari ini

Kes positif COVID-19 kembali meningkat lebih dua ribu kes hari ini.

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 2,027 kes baharu dengan 2,011 kes tempatan dan 16 kes import.

Penambahan kes harian ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 122,845 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,221 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 99, 449 kes (81%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 22,887 orang (18.6%) manakala 123 pesakit berada di ICU dan 52 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Direkodkan lapan kematian hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 509 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments