Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang berkuatkuasa mulai 6 Januari 2021.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata surat perletakan jawatan telah diserahkan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razaii di pejabat menteri terbabit petang tadi.
“Penghargaan setinggi terima kasih saya ucapkan kepada YB Menteri di atas kepercayaan
yang telah diberikan sepanjang saya berkhidmat sebagai Pengerusi MPOB.
“Saya juga menghargai segaja kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli Lembaga, Pengurusan dam seluruh warga MPOB sepanjang perkhidmatan saya bersama agensi ini.

“Didoakan semoga MPOB terus maju dan berdaya saing dengan membantu rakyat yang terlibat dengan komoditi sawit termasuk pemegang taruhnya,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply