Saturday, November 21, 2026
HomeBERITANeelofa maafkan seikhlas hati terhadap penyebar fitnah

Neelofa maafkan seikhlas hati terhadap penyebar fitnah

Individu yang menyebar paparan skrin perbualan tentang pasangan selebriti popular Neelofa yang didakwa sudah bernikah dengan Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz, akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Gadis yang dikenali sebagai Syamira Safiya telah membuat permohanan maaf secara terbuka di laman Twitter miliknya @syamirasafiya02.

Menerusi kenyataan dimuat naik, gadis terbabit mengakui segala tuduhan yang dikeluarkan adalah tidak benar namun sama sekali tidak berniat jahat untuk mencemarkan nama mana-mana pihak.

Susulan perkembangan itu, Neelofa yang terpalit dengan dakwaan palsu itu memberi reaksi positif terhadap permohonan maaf gadis terbabit.

Dengan perkongsian di IG Story miliknya, usahawan terbabit dengan seikhlas hati memaafkan Syamira Safiya.

 

Melalui perkongsian berkenaan, Neelofa menulis, “Adik, you are stil so young, baru belasan tahun. Jauh lg perjalanan. Apa yang lepas memang sangat pahit untuk dihadapi tapi ada banyak hikmah yang tersirat. Saya maafkan seikhlas hati, semoga Allah menjagamu.”

Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat semua pengguna laman media sosial agar lebih berhati-hati dan berfikir panjang sebelum membuat sebarang perkongsian.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments