Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAgong, Permaisuri zahir rasa sedih, doa Nur Izzah cepat sembuh

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih, doa Nur Izzah cepat sembuh

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan rasa sedih dan mendoakan pelajar Universiti Manchester yang dirempuh oleh sebuah bas semasa berbasikal di Selatan Manchester, Nur Izzah Mohd Shokri diberi kesembuhan dan kembali pulih seperti sedia kala.

Dalam satu perkongsian di media sosial baginda turut berharap agar seluruh keluarga Nur Izzah yang berasal dari Karak, Pahang sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

“Marilah bersama Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga Nur Izzah dikurniakan kesembuhan dan keafiatan dengan segera,” titah baginda.

Nur Izzah kini berada dalam keadaan koma dan menjalani rawatan di Salford Royal Hospital, England setelah menjalani pembedahan.

Terdahulu, dilaporkan pelajar tahun pertama jurusan perakaunan dan kewangan Universiti Manchester ini mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala dan tulang rusuk.

Nur Izzah, 20, dikejarkan ke hospital terbabit setelah dirempuh oleh sebuah bas semasa berbasikal di Wilmslow Rd, Rusholme, selatan Manchester pada 28 Disember, jam 4:25 petang, waktu tempatan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments