Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAJENAYAHKartel Daging : Polis Johor percaya wujud rangkaian besar

Kartel Daging : Polis Johor percaya wujud rangkaian besar

Johor Bahru : Ketua Polis Johor percaya wujud rangkaian besar membabitkan agensi tertentu dalam kes bersabit kartel daging import.

Setakat ini menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay siasatan polis terarah kepada sudut kes ini yang telah menimbulkan kegusaran kepada orang ramai dan kebarangkalian wujud elemen jenayah.

“Saya mengesahkan terdapat beberapa laporan polis yang telah di buat di negeri Johor. Namun pihak kami sedang perhalusi sudut siasatan dan tindakan kerana tidak mahu menganggu siasatan pihak KPDNHEP dan MAQiS”.

Setakat ini menurut Datuk Ayob beberapa laporan polis sudah diterima termasuk pertubuhan bukan kerajaan, NGO

“Kami akan buka kertas siasatan berhubung isu itu berdasarkan laporan yang diterima  daripada beberapa individu, parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri Johor.

“Siasatan mungkin menjurus kepada sudut kes ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang ramai dan elemen jenayah yang lain, jika ada” jelas beliau ketika di temuramah wartawan The Malaya Post.

Malam tadi di Langkawi Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador memberi jaminan untuk menjalankan siasatan kes kartel daging import walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah agensi paling relevan menyiasat isu berkenaan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments