Pelakon cantik manis Tasha Shilla berkongsi berita gembira dirinya kini berbadan dua.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagramnya, kehamilannya telah pun mencecah usia lima bulan.
Perkongsian terbabit menerima ribuan tanda suka dari pengikut setianya.
Rakan-rakan selebriti serta peminat dilihat turut menitipkan ucapan tahniah kepada Tasha dan pasangan serta mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.

Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini telah mendirikan rumahtangga pada 28 Februari lalu.
Tahniah buat Tasha dan suami. Semoga dipermudahkan urusan dan dikurniakan cahaya mata yang sihat dan sempurna.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply