Benar kata orang, sekeping gambar, ada ceritanya dan terselit seribu makna.
Percayalah, hanya sekeping gambar boleh menjelaskan lebih daripada itu malah mampu menceritakan tangisan, kegembiraan, duka dan lara.
Begitulah ceritanya dengan sekeping foto yang mula menjadi viral di laman media sosial Facebook, memperlihatkan sosok tubuh seorang lelaki tua yang berdiri hampir pada pagar Masjid Negara dan sedang mengaminkan doa dengan penuh khusyuk.
Jelas terpancar tulus ikhlasnya walau hanya gambar yang diambil dari bahagian sisi dirinya mampu meruntun hati ramai melihatnya.
Difahamkan, pakcik yang dilihat berusia lebih separuh abad, sedang mendengar dan mengaminkan bacaan talkin di luar Masjid Negara ketika majlis pengebumian Allahyarhamah Tun Rahah yang telah pulang ke pangkuan penciptaNya pada Jumaat lalu tepat jam 4.30 petang.
Foto ini mula menjadi viral dan mula mendapat perhatian umum semalam sehingga menjentik hati anak Allahyarham Tun Rahah yang juga bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang sedang melalui fasa kedukaan kehilangan insan tercinta.
Dengan kuasa viral, Dato’ Seri Najib Razak turut memuat naik foto berkenaan dengan menulis ;
“Amat menyentuh hati saya melihat ini.
Saya tidak kenal pakcik tetapi saya berharap dapat bertemu satu hari nanti.
Terima kasih atas doa untuk Allahyarhamah bonda.
Semoga pakcik sentiasa di bawah rahmat Allah SWT.”

Menerusi perkongsian terbabit, lebih 3,000 komen membanjiri ‘posting’ berkenaan.
Menariknya, salah seorang pengikut laman Facebook Dato’ Seri Najib turut berkongsi perbualan dengan pakcik itu dan menceritakan serba sedikit maklumat yang diperolehinya.
Melalui seorang komentar Azman Hasan telah dihubungi wartawan The Malaya Post, dia memberitahu pakcik terbabit pernah bekerja dengan Allahyarham Tun Rahah sebagai tukang kebun.
“Dato Seri Najib Razak, saya jumpa dia tadi. Dia kata dia pernah kerja sebagai tukang kebun di rumah Tun Rahah.. Tun Rahah pernah biaya dia punya kos perubatan suatu ketika dahulu. Dia nak balas mmg tak mampu dan sepanjang bacaan talkin pakcik tadah tangan panjat doa.Sekarang kerja di kedai makan dekat Kg Baru.”

Malah, menurut Azman yang juga seorang kakitangan Pejabat Menteri Besar Pahang turut memberitahu pakcik ini berasal dari Ajil, Terengganu dan mempunyai masalah penglihatan.
“Dato Seri Najib Razak Lama saya sembang dgn dia tadi. Dia asal Ajil, Terengganu.Dia kata dia tak layak untuk masuk ke dalam masjid sebab dia tahu siapa dia.Sedih pulak dengar. Bagusnya pakcik ini bila saya nak bagi sedikit wang dia tolak dengan baik.Dia cakap dia masih mampu.Satu lagi, dia datang ke Masjid Negara tadi dengan berjalan kaki dari Kg Baru.”

Komentar terbabit berjaya meraih perhatian netizen yang juga pengikut setia bekas Perdana Menteri keenam negara itu yang inginkan mereka dipertemukan.

Jika ada rezeki mereka dipertemukan, sudah pasti episod jejak temu ini akan muncul satu penceritaan yang lebih menarik.
Bila kita baik, ramai yang akan sayang…
Semoga pakcik ini berada dalam rahmatNya selalu.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply