Parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh ketua-ketua parti masing-masing sebagal platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan.
Bagi menyelaraskan Majlis Presiden terbabit, satu sekretariat yang dianggotai oleh semua Setiausaha Agung parti-parti dalam kerajaan PN juga ditubuhkan.

Dalam satu kenyataan media, Sekretariat Setiausaha Agung Parti-Parti Kerajaan PN, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata pada mesyuarat antara ketua-ketua parti yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin turut membincangkan pembentukan sebuah kerjasama politik yang kukuh bagi mewujudkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Ketua-ketua parti yang hadir pada mesyuarat berkenaan adalah Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, Presiden SUPP, Dato Sri Dr. Sim Kut Hian dan Presiden PBB, Datuk Seri Panglima Dr. Moximus Johnity Ongkili.
Turut hadir mewakil ketua-ketua parti yang lain adalah Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Awang Tengah, Timbalan Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum, Timbalan Presiden PBRS, Arthur Joseph Kurup, Timbalan Presiden SAPP, Edward Dagul, Naib Presiden PDP, Datuk Poul Igal, Setiausaha Agung MIC, Datuk Asojan Muniyandy, Setiausaha Agung STAR, Datuk Guan Dee Kon Hoi.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply