Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAgong isytihar darurat, PRK Gerik dan DUN Bugaya ditangguh

Agong isytihar darurat, PRK Gerik dan DUN Bugaya ditangguh

Yang di-Pertuan Agong berkenan mengisytiharkan darurat Pilihan Raya  Parlimen Gerik, Perak dan Pilihan Raya Negeri Bugaya, Sabah.

Menerusi kenyataan media, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau telah mengadakan perbincangan terperinci dan menerima nasihat daripada Jemaah Menteri pada 4 Disember lalu.

”Setelah mengambil iktibar kesan COVID-19 pada Pilihan Raya Negeri Sabah lalu serta mengambil kira penularan pandemik yang masih belum reda, mereka bersetuju kedua-dua pilihan raya perlu dielakkan atas faktor ancaman kesihatan awam, ancaman keatas kehidupan ekonomi dan ancaman ketenteraman awam.

“Seri Paduka Baginda telah berkenan mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua PRK tersebut setelah Baginda berpuas hati adanya keperluan Pengistiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasa (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi memasyurkan Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa Perlu) (No 3) 2020 di bawah Fasal 2B Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan PRK di kedua-dua kawasan tersebut yang telah dijadualkan pada 16 Januari 2021 dibatal dan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak,” ujar Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau mewakili Jemaah Menteri menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua bahagian pilihan raya berkenaan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments