Dah sampai di daerah Perak Tengah, tidak lengkap rasanya jika tidak melawat tempat bersejarah di Pasir Salak.
Pasir Salak merupakan sebuah mukim dan kawasan bersejarah yang terletak di tepi Sungai Perak, Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan.
Di seberang sungai terletaknya pekan Kampung Gajah dan di belakang Pasir Salak terletaknya pula jelapang padi Seberang Perak.

Umum mengetahui, Pasir Salak terkenal dengan sejarah kebangkitan orang Melayu menentang British.

Sinonim dengan sejarahnya yang tersendiri, kini Pasir Salak mempunyai sebuah Kompleks Sejarah Pasir Salak yang terletak kira-kira 70 km dari Ipoh dan kira-kira 25 km dari Teluk Intan.

Kompleks yang dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990 dibina bagi mengingati sejarah pertumpahan darah pejuang-pejuang Malaysia menentang penjajah British pada suatu ketika dahulu terletak di Kampung Gajah, Perak.

Selain itu, terdapat beberapa tempat yang sesuai untuk dilawati di sini antaranya, Tugu Lela Rentaka, Kubu Dato’ Maharaja Lela, Masjid Pasir Salak, Rumah Kutai, Kubur SiPutum, Memorial Pahlawan, Kubur J.W.W. Birch dan Terowong Sejarah Pasir Salak.



Resort Percutian Pasir Salak pula tersedia kemudahan seperti bilik penginapan berhawa dingin, kolam renang, dewan persidangan, bilik seminar dan bengkel, restoran dan riverside gazebo.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply