Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 1,810 kes baharu, enam kematian direkodkan hari ini

COVID-19 : 1,810 kes baharu, enam kematian direkodkan hari ini

Masih dengan empat angka, kes baharu positif COVID-19 meningkat dengan tinggi hari ini dengan rekod 1,810 kes membabitkan 1,799 kes tempatan dan 11 kes import.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 80,309 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 937 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 67,173 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 12,734 orang manakala 123 pesakit berada di ICU dan 63 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan enam kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 402 kes.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments