Rezeki manusia datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang menerimanya dalam bentuk wang ringgit, harta, pangkat, kecantikan, kebijaksaan dan kemasyhuran.
Ada pula yang dikurniakan rezeki kesihatan dan limpahan kasih sayang keluarga, saudara mara, jiran tetangga, rakan-rakan dan majikan serta teman sekerja yang baik.
Paling tidak pun, pasti akan bertemu dengan orang baik berhati baik dan jujur. Inilah pembalasan buat mereka yang sentiasa ikhlas dan jujur dalam hatinya.
Berkongsi kisah ditemukan dengan seseorang yang jujur dalam menjalankan tugas, pelakon Fauzi Nawawi menerusi platform media sosial Instagram peribadinya bercerita pengalaman yang dialaminya sendiri.

Menceritakan pengalamannya, suami kepada pelakon cantik Lisdawati ini telah ke sebuah stesyen minyak untuk mengisi petrol kenderaannya.
Namun setelah membeli minuman dan membuat pembayaran, dia terus menuju ke kereta serta meneruskan perjalanan tanpa mengisi mengisi petrol yang telah dilunaskan bayarannya.
Fauzi cuma menyedarinya apabila perjalanan sudah jauh yang tidak memungkinkannya kembali semula. Jadi, redha sahajalah…
Namun, jika dah rezeki, belakang gunung pun tetap menjadi rezeki.
Dia tidak menyangka salah seorang pekerja di stesyen minyak berkenaan berusaha mencari dan menghubunginya menerusi ruangan pesanan Instagramnya dan memberitahu akan keadaan yang berlaku.


Pekerja terbabit juga meminta nombor akaun bank pelakon berbakat ini untuk memulangkan semula jumlah bayaran petrolnya.
Alahai, rezeki Fauzi ditemukan dengan seorang yang jujur.
Rezekinya juga kerana dikenali sebagai selebriti, jadi dapatlah pekerja berkenaan mencarinya dan berkomunikasi menerusi laman media sosial.
Tahniah buat pekerja ini. Mungkin tampak kecil dari segi jumlah wang ringgit bagi pembayaran petrol itu, tapi kejujuran dan usahanya sudah pasti sangat besar disisi Yang Maha Esa.
Semoga perkongsian ini memberi contoh dan tauladan buat kita semua.
Buat adik yang jujur ini, semoga dilimpahi rezeki ya. Haaa, Fauzi jangan lupa belanja adik ini jika ke stesyen minyak itu lagi ya ☕
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply