Saturday, November 21, 2026
HomePOLITIKZahid mohon maaf, BERSATU dan PAS setuju cadang Saarani

Zahid mohon maaf, BERSATU dan PAS setuju cadang Saarani

Bersatu dan PAS akhirnya bersetuju mencalonkan Pengerusi Umno Perak, Dato’ Saarani Mohamad sebagai calon Menteri Besar Perak yang baharu.

Dengan perkembangan ini sekaligus mengakhiri kemelut politik di Perak.

“Presiden BERSATU, Presiden PAS dan Pengerusi Barisan Nasional disertai sama Setiausaha Agung-Setiausaha Agung ketiga-tiga parti pada hari ini telah mengadakan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan negeri Perak.

“Dalam perbincangan ini, Pengerusi Barisan Nasional telah menyampaikan pernyataan maaf bagi pihak ADUN-ADUN BN Perak di atas kekhilafan yang berlaku”, menurut kenyataan media bersama membabitkan ketiga-tiga parti.

Atas semangat pemuafakatan Perikatan Nasional, ketiga-tiga parti telah bersetuju untuk mencadangkan YB Dato’ Haji Shaarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu untuk diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Perbincangan hal ini juga telah mencapai kata sepakat mengenai pelantikan-pelantikan lain dalam kerajaan negeri.

Ketiga-tiga parti turut bersepakat untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional di negeri Perak dan juga di peringkat nasional demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

Kenyataan bersama ini telah di keluar oleh Setiausaha Agung BN, BERSATU dan PAS sebentar tadi. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments