Kuala Sepetang atau nama popularnya Port Weld merupakan destinasi eko perlancongan yang wajib anda kunjungi.

Bagi mereka yang cintakan keindahan semulajadi flora dan fauna, Kuala Sepetang merupakan destinasi pelancongan daerah Larut Matang yang ideal dan perlu ada dalam ‘itinerary’ pelancongan anda.
Jika bercakap soal juadah popular disini, sudah tentu mee udang antara makanan wajib dirasa ya.

Dengan resipi istimewa dan rasa yang tersendiri, bahan utama seperti udang adalah bahan segar yang ditangkap di perairan Kuala Sepetang, jadi tidak hairanlah kenapa juadah ini menjadi kesukaan ramai.
Selain itu, disini terdapat kawasan pembuatan kayu arang yang juga boleh anda lawati.

Arang kayu bakau yang dihasilkan di Kuala Sepetang mempunyai kualiti yang terbaik di dunia dan mendapat sambutan tinggi di negara luar seperti Jepun, Arab dan Korea.

Selain menjadi bahan bakar, arang juga digunakan di dalam industri pembuatan barangan kosmetik, bahan pencuci, baja, ubat nyamuk dan batang cerucuk
Industri paling tua di Kuala Sepetang ini, proses penghasilan arang daripada kayu bakau bukan sahaja rumit tetapi memerlukan kepakaran tenaga kerja yang rumit dan mencabar.



Proses pembakaran kayu bakau di dalam dapur atau relau yang berbentuk ‘iglu’ yang besar dan tinggi boleh memuatkan sehingga 1,500 batang kayu bakar digunakan untuk membakar kayu bakau secara tradisional.


Proses menghasilkan arang kayu bakau akan dibahagikan kepada tiga peringkat dan memakan masa kira-kira lebih sebulan.

Oleh kerana permintaan terhadap bahan bakar ini amat tinggi, pengeluaran arang dikawal oleh Jabatan Perhutanan Perak dan mempunyai had penebangan hutan bakau.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply